Tuesday 1 January 2013

sedih

assalamualaikum semua kawan-kawan..pertama kali mari kita merasakan kesyukuran ke atas nikmat Islam dan Iman yang Allah kurniakan terhadap diri kita,,, selamat tahun baru 2013 saya ucapkan kepada semua umat manusia yang membaca blog ini.. bersyukur kerana masih dapat bernafas pada tahun 2013..

detik 1hb jan 2013 aku pergi ke teluk chempedak (TC) untuk melihat suasana manusia2 menyambut tahun baru bersama rakan2.. niat hanyalah untuk melepas kan tension setelah menjawab 2 paper final exam...
bak kata ulama' : ''setelah ko puas menenangkan jiwa dengan zikir dan ibadah lain,maka buatlah perkara lain''. so aku pon pergilah melepak kat TC..

luluh hati pabila melihat anak muda menyambut tahun baru seperti tiada kiamat yang bakal berlaku, tiada mati yang bakal menimpa diri, tiada dosa dan pahala yang aku mencurah curah ke dalam diri masing masing.. pergaulan yang tidak terjaga antara laki dan perempuan, aurat yang tidak tertutup lebih2 lagi kaum hawa..paling sadis, majoriti yang melakukan aktiviti sosial inilah anak muda MELAYU ISLAM..mana maruah kita sebagai orang melayu islam di Malaysia ini???adakah ini anak muda yang kalau kita tengok di facebook, ''bebaskan palestin'' ,''haram jadah zionis israel''...adakah ini?? tiada makna semua itu selagi diri sendiri hanyut dengan keseronokan dunia yang sementara...

bersyukur aku dan kawan2 tidak terjebak dengan sambutan tahun baru yang lagho itu..kami hanya tengok dari jauh keadaan yang berlaku pada malam sambutan ambang tahun baru..bersyukur jugak kerana ada sahabat aku yang berpesan kepada aku, supaya menyambut tahun baru di atas tikar sajadah untuk rasakan kesyukuran terhadapNya..insyaAllah aku akan lakukan pada tahun2 akan datang sekiranya umur masih panjang...

wahai teman, menyambut tahun baru tidaklah salah bak kata Ustaz Azhar Idrus, tapi biarlah dengan cara yang betul dan tidak melanggar hukum Allah S.W.T..sekian..wasalam..

                                                                               singgahlah blog kawan2 saya-----> =)


renungan bersama

No comments:

Post a Comment

teGuR laHhhH...