Wednesday 13 March 2013

Karnival Sukan Fakulti (SUKFAK) UMP

assalamualaikum semua..
koi datang lagi dengan penuh keghairahan dan keterujaan..gitueww sekali..haha
aokme ingat koi layan main bola sepak ngan futsal je ke..
handball koi layan jugok bohh....
sedikit gambor time game handball..
aku wakil team fakulti kimia yang tak berapa hebat dalam bidang sukan benornye..haha
ni pon mujur dapat num 3...
alhamdulillah...












smart nye kasut pink tuee






nampak tak ak shoot last sekali..tapi slow..haha
 





Tuesday 12 March 2013

6 Pesanan Untuk Kaum Hawa

Assalamualaikum w.b.t semua rakyat Malaysia...
bersyukur ke hadrat Illahi kerana kita masih diberi ruang dan peluang untuk meminjam segala kenikmatan dunia dan menikmati rasa iman dan Islam dala hidup kita..
pertama sekali marilah kita sama-sama berdoa untuk pejuang tanah air kita yang sedang berjuang mempertahankan kedaulatan negara di Lahad Datu, Sabah.
semoga mereka dilindungi Allah dan memperoleh kemenangan dalam peperangan..
 aku bukannya baik untuk menceritakan perihal agama mahupun nasihat, namun apa yang aku dapat akan aku kongsi bersama-sama sahabat sekalian..sapa kenal aku maka mereka akan tahu bertapa giler dan tak berapa betulnya perangai aku... namun aku tetap pegang kata-kata emak aku,
''Adib, jadilah apa pon, engineer ke cikgu ke lawyer ke, janji solat dan Agama kita jangan tinggal''

so, ulasan untuk tajuk entry kali ini adalah seperti keberikutan keadaannya pon lah kan alahai..

  1. Jaga solat di awal waktu ( laki pon sama, jangan ingat pempuan je kena solat awal waktu,bahkan laki   wajib pergi masjid)
  2. Hidupkan bacaan hadis Nabi Muhammad S.A.W di rumah dengan keluarga. Disyorkan membaca hadis fadhilat amal (kalau tak silap kitab tebal biru tu, sebab pernah guna time kat SMKAP). Ini merupakan amalan para sahabat. (aku rasa ni untuk insan bergelar bapa, mungkin di syorkan kepada kaum hawa sebab insan bernama bapa pergi mencari rezeki gamoknye)
  3. Baca Al-Quran setiap hari walaupun hanya 8 ayat. Kalau tak mampu cukup dengan mencium dan muhasabah diri.''Ya Allah, apa dosa aku hingga aku tak dapat nak baca kitab mu hari ini.''
  4. Hidup sederhana dengan tidak membebankan suami. setiap hari malaikat akan hantar 500 jambangan bunga dari syurga kepada wanita yang sederhana. setiap titisan air masakan dan basuhan mereka akan menjadi zikir mohon keampunan kepada Allah ke atas wanita itu. (maka beruntunglah kaum hawa,subhanallah)
  5. Mendidik anak secara Islam. Mengajar anak dari kecil tentang doa-doa masnun (doa harian).
  6. Galakkan suami andan bermujahadah atas Agama Allah. Seorang isteri yang mengalakkan suaminya untuk bersolat jemaah di Masjid atau Surau akan dapat pahala berjemaah suaminya termasuk solat dia sendiri.

MUDAH-MUDAHAN ULASAN INI BERMAKNA KEPADA ANDA. MUZAKARALAH BERSAMA RAKAN YANG LAIN SUPAYA DAPAT KONGSI BERSAMA ILMU ALLAH INI..


TOMELNYA DIA PAKAI PURDAH -_-

Wednesday 6 March 2013

10 Muwassaffat Tarbiyah

assalamualaikum warga bumi yang sementara di dunia yang penuh cabaran lagi berliku...
apa khabor aokme?? mohon sihat2 belaka la kan..ye dak??
haaa...doh lama rasanya dok meng'update' blog ini setelah kesibukan melayan bola especially untuk pasukan negeri kebanggaan sendiri Pahang...
mana doknye, terjadi sebahagian dari ultras Pahang buat seketika..ececeh..dah cukup.
bukan isu ini yang ingin koi kupaskan untuk aokme..
tapi tentang 10 Muwassafat Tarbiyah atau dalam erti kata lain ciri-ciri yang perlu ada pada pendakwah..
walaupon koi bukan pendakwoh, tapi saje nok share ke rodong2 sekalian, mana tau ada yg bakal jadi pendakwah atas kehendak-Nya..insyaAllah..
inilah 10 ciri-ciri tersebut...:

  1. Akidah yang mampan
  2. Akhlak yang mantap
  3. Sihat tubuh badan
  4. Menghargai masa
  5. Ibadah yang sahih
  6. Berpengetahuan luas
  7. Bermanfaat kepada orang lain
  8. Mampu berdikari
  9. Teratur urusannya
  10. Menguasai diri (pandai jaga diri dari perkara mungkar)

credit to my frens Ain and Epol yang kongsi ilmu ni kat twitter..
semoga kalian sentiasa dirahmati Allah..





#Allah always has something for you, a key for every problem, a light for every shadow, a relief for every sorrow and a plan for every tomorrow..Allahurabbi..